....

Tuesday, October 2, 2012

SONGSANG (intro)

Jam baru sahaja menunjukkan pukul 4 petang...
Tapi suasana dalam bilik sungguh gelap gelita...
Tingkap ditutup rapat. Malah dilampirkan lagi dengan kertas surat khabar.
Bau bilik itu sungguh hapak... 
Beberapa helai pakaian yang sudah dipakai kelihatan bersepah diatas lantai dan juga diatas katil bilik itu.

Di hujung bilik itu, kelihatan satu batang tubuh yang sedang terduduk sambil bercakap-cakap sendirian dengan sekeping gambar bersaiz A3 yang dilekat kemas di dinding bilik itu.

"Kenapa awak pergi pada dia? Apa kurangnya saya?" 
Pemilik tubuh itu berkata-kata dengan gambar seorang gadis bertudung yang tersenyum ayu menyerlahkan lesung pipit di kedua belah pipinya itu.

"Awak dah janji kan yang awak nak sehidup mati dengan saya? Tapi... Tapi kenapa awak tinggalkan saya jugak?" 
Sambung pemilik tubuh itu sambil mengaru-garu kepalanya sehingga rambut pendeknya itu berselerah. Malah beberapa helai rambut juga turut gugur kerana pengerakannya yang terlalu kasar itu.

"Takper... Takper... Saya tak kisah... Tapi awak kena ingat... Hari ni merupakan hari pertama kita berkenalan dan saya nak pastikan yang awak tahu... Di hati saya hanya ada awak jer... Dan awak selamanya untuk saya..."
Pemilik itu tersenyum puas sambil membelek-belek pisau di tangan kanannya. Sebelum tertawa besar seperti sesuatu perkara lucu berlaku keatasnya. Tertiba dia berhenti ketawa.

Perlahan-lahan pemilik tubuh itu bangun dari duduknya bersama pisau yang masih terpegang kemas di tangannya sebelum bergerak lemah keluar dari bilik itu dengan satu aura membunuh melekat di seluruh salur adrenalin pemilik tubuh itu.

END
 

No comments:

Post a Comment